Nuffnang advert

Pertandingan Andaman Arabian Theme

Hai semua!


Entri kali ini saya nak bercerita mengenai pertandingan andaman yang telah saya masuki. 
selamat membaca kawan2!

Tidak ada niat sebenarnya nak masuk bertanding tetapi pihak urban vibe, iaitu Malissa telah call saya and mengajak untuk join pertandingan ini. Pada masa itu, ada lagi seminggu sahaja masa sebelum pertandingan,
so agak kelam kabutlah. Saya pun kata pada Malissa  yang saya tidak berjanji utk join sebab saya kene mencari dahulu persalinan yang sesuai utk arabian. hmm...banyak mende kene buat kalau  nak memasuki pertandingan ini. saya akan call balik dan confirm utk join if semua kelengkapan ada.


Cerita pasal bertanding andaman ni, saya telah bertanding sebanyak 2 kali sebelum, pertama di PWTC ( bertema majlis makan malam ) dan kedua di PICC ( bertemakan fantasy bridal ). Nasib tidak menyebelahi saya dalam kedua2 pertandingan tersebut, tetapi amat  benar yang saya banyak belajar melalui kesilapan. Saya juga telah banyak mengenali senior2 makeup artist dan sifu2 yang peramah dan tidak kedekut ilmu. Tujuan utama saya adalah utk mempelajari melalui kesilapan, dan saya tahu jika kita mempelajari melalui kesilapan, pasti kita akan ingat dan akan terus maju. Pendek kata jangan takut apabila melakukan sesuatu kesilapan. 


Di pendekkan cerita, Alhamdulillah, BabyFidzah telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan andaman bertemakan arabian, bertempat di Shah Alam Convention Centre pada bulan October 2011. Perasaan tak sangka..happy, tak tidur malam dibuatnya. he he he...mmg perasaan sangat bercampur aduk! tapi perjuangan saya tidak berhenti di sini. Masih jauh perjuangan saya di dalam dunia andaman ini.


Berbalik kepada preparation utk pertandingan, saya memerlukan seorang model berupa seperti  seorang arab, dan Aida Hazira telah menjadi pilihan saya. Aida juga merupakan model sambilan. Dia teman sepejabat dahulu dan kami masih lagi contact menerusi bbm, thanks to bbm yang menjadikan communication sgt dekat. Aida tidak mempunyai masalah utk menjadi model utk pertandingan arabian  ini.


Tidak dilupakan pada yang banyak membantu saya, adalah teman sepejabat saya, iaitu Kak Norly yang telah meminjamkan busana jubah, tali pinggang syiling emasnya yang sudah berumur 25 tahun, dan bottle merah yang di isi lilin! semua itu adalah idea bersama , kebetulan Kak Norly ada semuanya di rumahnya!




Lagi seorang rakan, Lindzia telah meminjamkan kerincing pinggang silver kepada saya utk completekan lagi rupa kearabian yang kami imaginekan.


Idea bulu merak pula telah di suarakan oleh adik saya, Shahril Haffiz dan secara kebetulan, perayaan deepavali dalam minggu itu. 
Jadi dengan itu, saya , kak norly dan seorg lagi rakan sepejabat telah ke batu caves pada waktu lunch hour utk membeli bulu2 merak. bersemangat bukan? thanks to rakan2 saya yang banyak membantu!


me, kak norly and aida sulaiman membeli bulu merak di Batu Caves 


Thanks to Aida kerana memakai inai di Masjid Jamek pada malam sebelumnya utk menampakkan lagi sebagai pengantin arab.




Sebelum pertandingan, saya telah membuat trial makeup pada aida. utk mendapatkan idea2, warna dan kesinambungan warna.


wajah aida sebelum di solek
Inilah lebih kurang idea yang dirancang, tetapi pada hari pertandingan, hiasan kepala dan lain2 agak berlainan.
Ini adalah kerana banyak lagi idea yang tercurah-curah, so ada perubahan pada hari pertandingan.
setelah ditatarias, ada rupe arab tak? :) 


Pada hari pertandingan tersebut, saya, Aida dan Lindzia yang  merangkap sebagai PA saya telah sampai ke destinasi, SACC. perasaan kami semua bercampur baur dan cuak , kami tetap melangkah ke dewan yang gah itu. Hati saya berdetik, bukan pertama kali bertanding..tapi kenapa nak cuak, haha..
sedang melangkah masuk, saya terpandang di pentas utama, pelamin yang bertemakan arab sangat cantik dengan kubah yang berwarna emas di taja oleh Rins Suzana. Nice one Rins Suzana!




Tepat jam 11 pagi, pertandingan dimulakan.


Sila enjoy melihat gambar2 sewaktu pertandingan sedang berlangsung..


tgh get ready utk memulakan pertandingan


penyapuan concealer utk menutup segala cela..


lock the foundation dengan loose powder...




siap dengan bulu merak gitew..




Aida yang bermuka agak cuak..asyik suruh die senyum dari bawah pentas...


Tu aida da senyum :)
Love this pose! 


saat manis diumumkan sebagai juara pertandingan..alhamdulillah!
senyuman ku yang tidak berhenti-henti..
bergambar kenangan bersama hubby dan rakan2 yang hadir..
penyokong2 yang menemani babyfidzah pada hari pertandingan
from left: Saiful, Hubby saya, Babyfidzah, Aida Hazira, Norly, Dina and Lindzia
thanks to all yang hadir dan support saya pada hari itu! really appreciates it!

Thanks to Dina, anak kepada kak Norly selaku official photographer pada hari tersebut! 


Terima kasih kerana melawat entri ini. Entri ini adalah salah satu kenangan manis yang tidak akan dapat saya lupakan.


Love u guys! do always support BabyFidzah!! 











No comments:

Post a Comment